Razeef Rakimin

KUALA LUMPUR – Isteri Datuk Saifuddin Abdullah didakwa cemburu apabila mempersoalkan tindakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa keluarganya hadir ke Majlis sambutan Hari Raya di Istana Negara.

Norlin Shamsul Bahri juga dituduh menjatuhkan hukum dengan menyatakan makanan yang dimakan anak-anak Nik Nazmi sebagai ‘haram’ jika hadir tanpa jemputan.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Razeef Rakimin berkata, meskipun Nik Nazmi telah menerangkan jemputan termasuk keluarga iaitu isteri, anak dan cucu, namun Norlin masih gigih mempertikai walaupun tahu beliau telah melakukan kesilapan dengan membuat tuduhan tersebut tanpa selidik.

Bahkan, laman rasmi Facebook Istana Negara pula menyatakan istana turut menjemput tetamu kenamaan termasuk anggota jemaah menteri untuk hadir bersama keluarga.

“Adakah Norlin cemburu Yang di-Pertuan Agong menjemput keluarga jemaah menteri untuk hadir sama meraikan Aidilfitri?

“Kenyataan biadap Norlin jelas memaparkan kejahilan beliau apatah lagi dengan sewenang-wenangnya menyatakan makanan yang dimakan anak-anak Nik Nazmi sebagai ‘haram’,” katanya dalam satu kenyataan.

Razeef berkata, Norlin sebelum ini juga pernah kontroversi apabila beliau menyalahkan peniaga bazar ramadan selepas dijangkiti wabak Covid-19 pada 2021.

Tindakan biadap beliau mendapat kecaman orang ramai pada waktu itu.

Oleh itu, Razeef berkata, puak Perikatan Nasional perlu berhenti mempertikai semua perkara kerana tindakan itu hanya memperlihat kebodohan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast