Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan, Dr Muhamad Akmal Saleh memohon doa keseluruhan rakyat Malaysia supaya dirinya bersama sekumpulan misi kemanusian dapat masuk ke negara bergolak Syria bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk di situ.

Misi kemanusian ini merupakan inisiatif kerajaan Negeri Melaka bersama-sama dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Briged Negaraku dan sukarelawan Malaysian Youth Volunteer Community (Myvoc) yang hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria.