Amira Saddiq
Amira Aisya Abd. Aziz

KUALA LUMPUR – Pihak yang cuba hendak menjatuhkan Kerajaan Perpaduan digesa supaya menghentikan tindakan tersebut.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz berkata, pada ketika ini rakyat sangat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan boleh menggerakkan ekononi negara.

Beliau bertegas, rakyat akan hilang kepercayaan kepada ahli politik jika pihak berkenaan menuruskan tindakan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“MUDA tidak pernah lari daripada memberikan kritikan membina kepada kerajaan apabila perlu.

“Tetapi tingkah laku seperti ini harus dihentikan. Apa yang rakyat Malaysia perlukan sekarang ialah kerajaan yang stabil. Untuk ekonomi kita. Untuk rakyat.

“Selagi berterusan, semakin ramai orang hilang kepercayaan kepada ahli politik,” ciap Amira Aisya di Twitter hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa mengulas laporan sebuah portal  bahawa terdapat cubaan baharu menjatuhkan kerajaan melalui pilihan raya kecil.

Portal terbabit mendakwa, beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) kini dipujuk oleh individu penting tertentu untuk mengambil bahagian dalam “misi do-or-die” untuk keluar parti.

Mereka kemudiannya akan bertanding semula di kerusi terbabit di bawah logo parti pembangkang.

Mengikut undang-undang anti-lompat parti, mana-mana Ahli Parlimen yang meletak jawatan atau keluar parti akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat sekali gus memaksa pilihan raya kecil dilaksanakan untuk mengisi kekosongan.

Portal itu mendakwa, langkah nekad itu dibuat selepas Perikatan Nasional (PN) kelihatan pasrah dengan hakikat bahawa tidak mungkin meyakinkan BN pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik balik sokongan gabungan secara besar-besaran terhadap Anwar.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. apa bender Minah ni sampaikan? nak promosi diri buat la secara berjemaah party supaya ANWAR IBRAHIM nampak boleh selit mana-mana kerusi PRN nanti.
    rakyat akan hilang kepercayaan dalam gerakan ini? tunggu PRU AKAN DATANG…. berkemungkinan MUDA akan berganda menjadi TUA sebelum waktu…. jangan koyak ya kalau koyak PASTI ada yang melirik.. hahaha

  2. satu pertanyaan mp letak jawatan bole bertanding mp semula ker…atau mereka letak jawatan mp bertanding dun ?

Comments are closed.