Zeti 1MDB
Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Lim Sian See mempersoalkan mengapa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tidak diheret ke mahkamah atas dakwaan terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ada pihak tertentu mahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal di dalam penjara bukan kerana mereka benar-benar bersikap antirasuah.

Sian See memberitahu, sekiranya mereka benar-benar bersikap demikian, mereka pasti mahu melihat Zeti dituduh atas dakwaan ahli keluarganya menerima hampir RM700 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Mereka juga pasti mahu tahu mengapa BNM di bawah Zeti meluluskan semua pemindahan wang dalam jumlah yang besar kepada akaun-akaun palsu di luar negara dalam masa semalaman dan juga mengapa suaminya terlibat.

“Mereka juga mahu tahu mengapa nama Zeti dan suaminya disebut oleh bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs, Tim Leissner di dalam mahkamah jenayah Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Leissner dilaporkan berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi utama dalam perbicaraan bekas pegawai kanan Goldman Sachs di Malaysia di mahkamah AS pada Februari tahun lalu.

Sian See menambah, mereka juga pasti mahu tahu mengapa Zeti menasihatkan Najib membuka akaun bank atas namanya sendiri untuk menerima derma daripada Arab Saudi dan mengapa bekas Gabenor BNM itu memungkiri janjinya terhadap Najib untuk memantau akaun bekas Perdana Menteri berkenaan sekiranya terdapat transaksi yang meragukan.

Beliau mengingatkan bahawa penyelewengan berlaku selepas 1MDB memindahkan dana kepada akaun-akaun palsu di luar negara.

“Sekiranya BNM telah melakukan tugasnya ketika itu, wang 1MDB tidak akan hilang.

“Sekiranya, Zeti telah melakukan tugasnya seperti yang diminta oleh Najib, wang dari sumber yang meragukan tidak akan didepositkan ke dalam akaun Najib,” jelasnya.

Sian See berkata, suami Zeti, Datuk Dr Tawfiq Ayman merupakan pemegang saham bersama Jho Low dalam sebuah syarikat sejak 2007 iaitu sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan 1MDB atau Terengganu Investment Authority (TIA) ditubuhkan.

Menurut beliau, syarikat tersebut pernah menerima dana berjumlah AS$153 juta daripada Good Star yang turut menerima wang daripada pemindahan wang sebanyak AS$1 bilion yang dilakukan oleh 1MDB.

“Selain itu, sebanyak RM65 juta daripada bon pertama 1MDB bernilai RM5 bilion telah dipindahkan serta-merta kepada sebuah syarikat milik suami Zeti di Singapura selepas 1MDB mengumpul dana,” katanya.

Sia See menjelaskan, suami Zeti merupakan pemegang saham bersama dengan Samuel Goh dalam sebuah syarikat di Singapura.

“Samuel telah mengakui di dalam mahkamah Singapura bahawa beliau telah dibayar AS$4 juta untuk membuka semua akaun palsu yang menerima dana 1MDB setelah diberi kelulusan oleh BNM,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ya rakyat mahj tahu kenapa dia dan suaminya tidak didakwa. Adakah pihak tertentu telah membayar Ketua Hakim Negara dan pihak tertentu untuk melindungi mereka Apakah yang terselindung disebalik Cuti atau Sakit. Atau apakah mereka sebenarnys telah melarikan diri dan bersembunyi. Atau mnngkin agensi pihak penguatkuass sendiri gagal dalam nenjalankan tugas mereka. Semua ini perlu dijawab oleh Peguam Negara. Lakinan apakah semua ini

  2. Hoi! Lim Sian See, tak payah nak ungkit perkara lama. Kau bodoh. Kes SRC dah tutup. Najib merengkok dalam penjara. Zaman Mahiaddin jadi PM, kenapa dia tak suruh SPRM siasat Zeti?

Comments are closed.