judi tanah rizab Melayu agus kelantan air sagu hati AKSB
Mohamad Kamal Mohamed

KUALA LUMPUR – Sindiran sinis Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berhubung isu air di Kelantan diibaratkan seperti ‘meludah ke langit terbuka’.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, Mohammad Agus mungkin terlupa ‘ludah’ itu akan kembali tertepek ke muka.

Menurut beliau, Pulau Pinang juga pernah mengalami masalah bekalan air sehingga berhari-hari lamanya.

“Sinis menyindir Kelantan dengan bakal nikmati kelainan kerana bakal ke Pulau Pinang tidak akan mengubah situasi penafian kemudahan yang telah ditindas sekian lama oleh kerajaan Pusat.

“Hanya kerana dendam politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohammad Agus dalam hantaran Facebook membangkitkan tentang tiga isu yang merimaskannya ketika pulang berhari raya di Kelantan iaitu tekanan air yang rendah serta tidak berkualiti, jalan tidak diselenggara dengan baik dan persekitaran yang kotor kerana sampah tidak diuruskan secara sistematik.

Sehubungan itu, Mohamad Kamal meminta Mohammad Agus bersikap jujur ketika membuat perbandingan antara Pulau Pinang dan Kelantan terutamanya dari segi kualiti udara.

“Cukuplah Agus nikmati keselesaan ‘bau semacam ladang najis mughallazah’. Tidak cukup dengan itu, nikmatilah juga satu persatu kemodenan yang menghimpit orang Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

 

Kelantan kotor, air tidak berkualiti, jalan berlubang – Agus

2 Komen

  1. Lebai.. org tegur tu ucap la terima kasih sbb ade juga org sudi nk menegur kekhilafan org lain. Akui je la kelemahan krn sbg manusia mesti ada kekurangan dan kelemahan. Tak dak sape yg sempurna. Itu hakikat sbg makhluk ciptaanNya.

    • manusia yang berpelajaran dan beradab memang sentiasa dapat menerima teguran supaya dapat memperbaiki diri sendiri
      tetapi kalau orang yang kurang cerdik apa yang dikatakan mereka tidak akan dapat mendengar walaupun ianya berguna
      orang Kelantan cakap”kecik2 tak mapuh bila besar dok nyusoh kok,,re

Comments are closed.