Ibu mangsa, Hizanawati Abu Bakar melepaskan rindu dengan mencium baju anaknya Allahyarham Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16 pelajar tingkatan empat yang maut dalam kebakaran di tandas terbiar ketika di Puncak Alam Fasa 3. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2023.

KUALA SELANGOR – Seorang ibu tunggal kepada enam cahaya mata masih tidak dapat melupakan detik 2.26 petang yang telah meragut nyawa anaknya dalam satu kebakaran tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, di sini, lapan bulan lalu.

Hizanawati Abu Bakar berkata, dia dan Muhammad Damin Mikhail Kamsol, sempat berbalas mesej dengan anak kelimanya itu sebelum remaja berkenaan menemui ajal.

Menurut wanita berusia 49 tahun itu, walaupun insiden berkenaan sudah berlalu hampir setahun namun dia masih terkilan.

“Masa kejadian, dia tanya nak masak apa, akak cakap belum, ibu baru rendam ikan, nak masak apa, nak masak taucu ker masak sambal, dia kata nak masak sambal.

“Akak cakap masak sambal ini kegemaran Haikal (abang kepada Damin yang terlebih dahulu meninggal dunia).

“Dia kata ibu jarang masak sebab teringatkan Haikal. Hari itu akak masak juga sambal ikan untuk dia, masa akak mesej 2.26 petang.

“Pukul 12 lebih, akak cakap dekat dia, sambal ikan sudah masak, dia kata okay. Dia kata sudah siap makan dekat mamak, ubat pun dia sudah makan.

“Kemudian jam 2.26 petang akak cakap jangan lupa pergi cuci luka, itu yang dia jawab haah okay. Itulah kali terakhir (balas mesej),” katanya kepada MalaysiaGazette di kediamannya di Bandar Puncak Alam 3, di sini, baru-baru ini.

Ibu mangsa, Hizanawati Abu Bakar menunjukkan gambar anaknya Allahyarham Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16 pelajar tingkatan empat yang maut dalam kebakaran di tandas terbiar ketika di Puncak Alam Fasa 3. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2023.

Pada 28 Ogos 2022, media melaporkan niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, membawa padah apabila tindakan itu meragut nyawa rakan mereka.

Mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan pihak bomba dan polis menyiasat kes mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu kematian tanpa niat.

Kedua-dua rakan mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dengan hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua remaja itu negatif dadah.

Menurutnya, ketika kejadian jam 2.26 petang itu, arwah anak lelakinya itu dimaklumkan rakannya sudah terjaga dari tidur dan sempat berbalas mesej dan menegur dua remaja itu kerana membakar sesuatu.

“Masa itu asap sudah ada, dia ada cakap janganlah bakar, busuklah. Dia marah budak itu jangan bakar.

“Sebelum itu dia sudah tertidur, dia bangun nak tengok telefon sebab akak ada tanya dia, dia balas sekejap lepas itu dia tidur balik,” katanya.

Ibu mangsa, Hizanawati Abu Bakar melepaskan rindu dengan mencium baju anaknya Allahyarham Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16 pelajar tingkatan empat yang maut dalam kebakaran di tandas terbiar ketika di Puncak Alam Fasa 3. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2023.

Selain itu, Hizanawati masih terkesan dengan pemergian Damin yang sebelum ini ditugaskan untuk menjemput adik bongsunya balik dari Sekolah KAFA Integrasi Puncak Alam 3, di sini.

“Dulu tugas Damin yang menghantar adik dia pergi balik sekolah, dia dari sekolah kebangsaan, ustaz ambil dari sekolah pergi KAFA dan balik itu tugas Damin ambil adik dia.

“Kalau Damin nak pergi futsal awal, dia akan bagitahu akak, kalau Damin ada hal, dia akan ambil adik dia cepat.

“Damin uruskan adik dia sejak tahun lepas, sebab van sekolah memang akak tak ambil untuk balik sekolah, balik itu memang tugasan dia (Damin), kali terakhir dia jemput adik dia pada Jumaat sebelum kejadian,” katanya.

Katanya Damin sangat rapat dengan adik bongsu dan banyak masa diluangkan bersama termasuk bermain futsal di kawasan berdekatan kediamannya.

“Kalau tengok mesej dalam ini (aplikasi WhatsApp), semua berkaitan dengan adik dia. Adik dia (anak bongsu) paling rapat dengan Damin,” katanya.

Lebih Hizanawati rasa terkilan apabila tidak sempat untuk memasakkan juadah kegemaran Damin iaitu ayam masak lemak cili api.

“Damin masa dia nak meninggal itu, tak menunjukkan perangai pelik-pelik. Damin ini tak memilih makan, lemang atau lontong semua dia makan.

“Dia tak suka masak kari, kalau akak masak kari, terutama kari telur, dia kata kalau ibu masak kari telur, Damin kena makan maggi, dia cakap macam itu tak suka.

“Damin paling suka masak lemak ayam cili api, sampai sekarang akak tak masak masak lemak ayam, itu memang dia suka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. alfatihah semuga roh beliau dikalangan orang beriman.
    cuma berlaku kekeliruan kenyataan mak dia….
    tak memilih masakan semua dibalun tapi buat kari dia nak maggi.
    Tugas yang baik URUS ADIK…. jika menggunakan motorcycle itu melakukan kesalahan. kecuali dia jalan kaki atau berbasikal atau dia menyewa kenderaan dan pemandu oklah…
    bermain api ditempat awam itu perlu dipantau kenapa cuai melihat rakan-rakan dia? 16 tahun bukan usia bawah 5 tahun. berfikir sebaiknya.

  2. Al fatihah…dlm kenyataan mak nya,anknya tdk bermain api sebaliknya melarang 2 rakannya yg bermain api dn anknya sambung tido…jd ada kemungkinan sebaliknya yg berlaku…hanya Allah yg lbh mengetahui

Comments are closed.