Sekolah Pasti di Sekyen 30 Shah Alam musnah terbakar dalam kebakaran yang berlaku tengahari tadi. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Sebuah tadika di Seksyen 30,  Shah Alam, Selangor musnah dalam kebakaran tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Selangor Morni Mamat berkata, bilik gerakan operasi telah menerima aduan mengenai kebakaran di Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) pada jam 12.37 tengah hari.

Sekolah Pasti di Sekyen 30 Shah Alam musnah terbakar dalam kebakaran yang berlaku tengahari tadi. Ihsan Bomba Selangor

Katanya, bertindak atas panggilan kecemasan itu, anggota dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Anggerik, Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kebakaran itu.

“Pemerhatian di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah sekolah Pasti dua tingkat berukuran 40 x 80 kaki persegi dan bangunan jenis kelas B.

“Ketika bomba sampai di lokasi, api telah merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba dari empat balai bomba yang berada di lokasi berjaya mengawal api pada jam 1.22 tengah hari.

Sekolah Pasti di Sekyen 30 Shah Alam musnah terbakar dalam kebakaran yang berlaku tengahari tadi. Ihsan Bomba Selangor

“Setakat ini tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast