KUALA LUMPUR – Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 15 Mei 2023 untuk e-filing.
Manakala secara manual pada 30 April ini.
Katanya, kategori pembayar cukai adalah individu pemastautin, individu pemastautin (pekerja berpengetahuan/berkepakaran), individu bukan pemastautin, individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu.
Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.
Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (sekiranya ada).
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. – MalaysiaGazette