Dayangku Intan
Selebriti, Dayangku Intan ditemubual media Malaysia Gazette mengenai penjelasan selepas RTM singkir Dayangku Intan daripada rancangan Aidilfitri di EcoHill Semenyih, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 20 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman perlu mencontohi Azwan Ali atau lebih popular dengan panggilan Diva AA yang tidak mencampuri industri lain yang bukan kepakarannya.

Penyanyi popular era 1990-an, Dayangku Intan berkata, Aliff Syukri tidak perlu menjadi penyanyi sebaliknya kembali menumpukan kepada mengembangkan bidang perniagaan kosmetiknya.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid menegaskan, jika usahawan itu berterusan mahu menjadi penyanyi, ia hanya akan merosakkan industri seni tanah air.

“Nyanyilah tapi jangan merosakkan seni. Kita sudah tahu you punya direction untuk apa, buatlah apa yang terbaik, berniaga. You pernah buat gimik pergi rumah orang, gimik bergaduh, gimik bertumbuk.

“Saya bukan nak menyebelahi Diva AA, you ada tengok Diva AA buat rakaman lagu semua? Tak, dia adalah dia, orang tengok dia, Diva AA. Dia bagus maki hamun orang, itulah dia.

“Ada orang suka, ada orang tak suka, dia kawan saya, dia bagus bahagian itu.

“Ini kau sudah bagus berniaga, kaya raya, rezeki kau melimpah, kau buang duit pergi menyanyi rosakkan sampai orang pandang karya seni sebegitu,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Semalam, Aliff mengambil keputusan untuk memulangkan semula takhta penyanyi nombor satu Malaysia kepada Datuk Siti Nurhaliza selepas dimarahi ibunya, Rozita yang juga usahawan kosmetik terkenal.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok butik AS Hijab, ibu kepada Aliff Syukri datang untuk melawat menantunya yang baru sahaja melahirkan anak.

Pada masa yang sama, Rozita sempat menegur berkenaan isu Aliff Syukri yang mengakui dirinya merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia dan bukannya Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Dayangku Intan juga menegur sikap segelintir selebriti yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi masalah rumah tangga hingga perbuatan ‘menyondol’ suami orang menjadi trend.

“Sebagai orang seni, ada artis bermasalah rumah tangga dicurahkan di media sosial, bagi saya benda ini berjangkit, masalah kecil ini nampak benda ini berlaku.

“Kalau kita boleh susun dengan baik, tak boleh berbincang, kita pergi kepada pihak yang betul-betul boleh memperbaiki keadaan.

“Boleh buat sidang media tapi kalau berpanjangan hingga kini jadi satu trend sondol menyondol, bertalu-talu, malu tau kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast