KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan saranan Hassan Abdul Karim supaya kerajaan menggunakan dana parti bagi menganjurkan Rumah Terbuka Kerajaan Madani sebagai pandangan peribadi.
Anwar yang memimpin kerajaan perpaduan daripada pelbagai parti berkata, penganjuran rumah terbuka di enam negeri bukan atas nama peribadi atau tujuan peribadi.
Sebaliknya beliau berkata, majlis rumah terbuka tersebut dilaksanakan atas nama kerajaan.
Perdana menteri sekali lagi menegaskan penganjuran majlis rumah terbuka itu tidak bersifat membazir kerana ia bertujuan menjamu rakyat.
“Itu padangan peribadi Hassan, kita mengambil kira pandangan dia.
“Di mana-mana pun kerajaan buat. Semua kerajaan buat. Untuk rakyat, bukan membazir bagi makan rakyat. Tidak membazir.
“Kalau kita buat peribadi, keluarga itu peribadi. Tapi kalau kita buat untuk rakyat, atas nama Kerajaan itu kerajaan. Jauh lebih murah buat di Alor Setar daripada Putrajaya,” kata Anwar.
Beliau ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.
Hassan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR sebelum ini
menyarankan supaya kerajaan menggunakan dana parti bagi menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Madani.
Jelas beliau, adalah menjadi kesalahan apabila majlis itu menggunakan wang kerajaan pusat.
“Ia jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuklah jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah-rumah terbuka tersebut.
“Memang ada peruntukan Perdana Menteri untuk mengadakan majlis rasmi keraian seperti rumah terbuka hari raya.
“Tetapi di satu tempat sahaja misalnya di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.
Tambah Hassan, meskipun jumlah digunakan tidak mencecah jutaan ringgit, namun beliau mengingatkan ia adalah duit awam dan perlu dibelanjakan secara berhemah, tidak melanggar etika moral dan undang-undang.
Jelasnya, satu ketika dahulu Perdana Menteri India, Indira Ghandi pernah didapati menggunakan helikopter kerajaan untuk berkempen dalam pilihan raya sehingga menyebabkan kerajaannya tumbang.
Kerajaan Perpaduan akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di enam negeri yang bermula di Kedah pada 29 April ini dan berakhir di Selangor pada 14 Mei ini. – MalaysiaGazette
PM India guna helicopter kempen dia kalah sebab rakyat CERDIK.
di Malaysia guna helicopter kempen, penyokong kata itu adalah kemampuan pemimpin MAJU.
(hanya) teguran semua 200 MP memperbetulkan PMX adalah *SEMBANG PERIBADI*.
Komen 11 MP lagi camner? Wak Welanon AKAN *HIDU* #penyelamatan PERIBADI.
10 MP lagi?…. biasalah ikut Kepala jadi penuh korum