Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi

PUTRAJAYA – Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad diminta supaya tidak lagi berada dalam kepompong pemikiran pembangkang.

Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya Khalid mula belajar cara untuk menghormati rakan lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan.

“Jangan masih ada tangapan seolah-olah beliau sebagai individu berada dalam kepompong pemikiran pembangkang.

“Lupakan soal-soal perbezaan ini dan jumpa dengan saya sendiri untuk mendapatkan pengesahan bagaimana pendirian parti saya UMNO terhadap isu yang beliau bangkitkan.

“Jangan hanya membaca apa yang tersurat lihat apa yang tersirat,” kata Presiden UMNO itu kepada media.

Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dikediam rasmi, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid berhubung pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid menegaskan adalah pentang bagi kesemua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mewujudkan keharmonian demi kebaikan rakyat.

“Jangan pernah mencari titik perbezaan. Kita hendaklah mencari titik persamaan.

“Ini adalah yang terbaik supaya optik dan naratif yang diwujudkan dapat memberi gambaran yang baik kepada rakyat keseluruhannya,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau telah mendapatkan pengesahan daripada kepimpinan Amanah banawa kenyataan Khalid hanya bersifat peribadi dan bukan pendirian parti.

Justeru beliau berharap Khalid dapat membezakan kenyataan individu dan pendirian parti.

“Saya menyatuni perbedaan pendapat di antara individu yang pada hemat saya apabila mengadakan perbincangan dengan kepimpinan atasan parti itu mereka berpendapat  itu peribadi bukan pendirian parti.

“Saya harap individu itu dapat menbezakan pendapat peribadi beliau dengan parti keseluruhannya,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga telah bertemu dan menerangkan isu itu kepada kepimpinan UMNO Kelantan yang tidak berpuashati dengan kenyataan Khalid.

Beliau berkata, UMNO menyelesaikan isu dengan cara baik dan tidak mahu ada lagi pihak mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Khalid sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Amanah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun kenyataan tersebut mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada kepimpinan UMNO. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Zahid Hamidi ni tak perasan Khalid Samad tu lebih BIJAK bezakan “masalah rakyat” dengan BEBAN PETAKA PENJENAYAH. Khalid BIJAK pisahkan KUASA dengan BALA. Khalid sokong PERPADUAN rakyat. Tolong lah jangan BERTUKAR JADI KETAM pula. Cukup cukup lah “PENYAKIT DATANG TIBA-TIBA” indoors Mahkamah dan sekarang Allah bagi sihat secara majic…. bersyukur lah dahulu jangan push push balasan yang TELAH DITETAPKAN. jangan lupa ALLAH tu ..

Comments are closed.