KUALA LUMPUR – Pelari pecut muda negara, Azeem Fahmi terus mengekalkan prestasinya apabila menamatkan perlumbaan acara 100 meter Kejohanan East Coast Relays di Florida, di tempat keenam awal semalam.
Berkongsi di laman Twitter miliknya, Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatatkan 10.14 saat dalam kejohanan di University of North Florida itu.
Dengan catatan itu, Azeem turut mengatasi juara remaja dunia 2015 dari Jepun, Abdul Hakim Sani Brown yang menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Sebelum ini, pemegang rekod kebangsaan itu mencatatkan 10.32 saat sewaktu menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) bulan lalu. – MalaysiaGazette