KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil kembali menjadi perhatian netizen apabila berkongsi petikan mengenai kecurangan di sosial media miliknya susulan hantarannya isterinya, Diana Danielle semalam.
Menerusi hantaran di InstaStory miliknya, pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari berkata, curang adalah pilihan oleh seorang individu dan kesetiaan adalah satu tanggungjawab.
“Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan.
Bagaimanapun, pelakon filem Legenda Budak Setan itu tidak menujukan petikan tersebut kepada mana-mana pihak.
Semalam, isterinya yang juga pelakon Diana Danielle memberi bayangan menerusi perkongsian InstaStory bahawa Farid tidak mengenali dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu.
Pada 1 Syawal lalu, pengarah dan pelakon terbabit dilihat menyambut hari raya secara berasingan dan terpaksa memisahkan anak-anak mereka buat sementara.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.
Ketika sebutan permohonan cerai tersebut, mereka dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor untuk berdamai.
Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2012 itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua yang dijadualkan pada 25 Mei depan.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – MalaysiaGazette