KUALA LUMPUR – Nama penyanyi senior Datuk Hattan terus panas apabila video lamanya yang pernah menitipkan pesanan kepada masyarakat kembali tular selepas dimuat naik oleh netizen.
Menerusi video tersebut, Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin menasihati agar semua orang menjaga adab dan perilaku apabila sedang berkomunikasi dengan seseorang tentang sesuatu perkara.
“Tiada masa depan itu, tiada hal. Tetapi adab itu, adab itu kena jaga..contohnya bila tanya ayah ada tak? Lalu dijawab ayah tiada, tak bekerja.
“Tanya emak ada? Dijawab emak tiada. Bila makna emak tiada maknanya emaknya sudah meninggal dunia.
“Tiada langsung rasa sensitif nak ucap takziah ‘innalillahiwainnailaihirojiun’ bila budak tu cakap emak dah tiada,” ujarnya.
Video itu dibuat selepas pelantun lagu Gadis Jolobu menegur cara yang dilakukannya oleh seorang pensyarah yang suatu ketika dahulu tular ‘menghina’ siswa B40 sebelum ini.
“Jadi, kita ni suka profesor kayangan lah, ada PHD, jadi dia patutnya berhemah dalam benda-benda macam tu.
“Bagi saya tiada istilah B40, T20. Esok kita kat kubur B40 juga yang menolong, kemalangan atau apa-apa sahaja. Jadi sebenarnya dalam kubur tu, kita pakai kain putih saja..
“Kau tak percaya tengok semasa kita pergi menunaikan haii dan umrah, semuanya putih, tiada beza B40 atau T20,” ujarnya.
Jumaat lalu, Hattan digesa membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya menempelak penyampai berita wanita dari Astro Awani ketika siaran secara langsung semalam. – MalaysiaGazette
Shukri tolong berehat. Peminat muak nak layan artis tiada adab macam kamu ini.