PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Kejohanan Menembak RMP (Royal Malaysia Police) Open Championship 2023 Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) di sini.

Beliau yang turut melawat fasiliti di KMSS, berada kira-kira 30 minit di situ, diiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Antara fasiliti yang terdapat di KMSS adalah rumah kelab, gun test dan lurah menembak yang lengkap.

Kejohanan itu berlangsung selama tujuh hari hingga Ahad ini (7 Mei) dan bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai kejohanan menembak yang menerima penyertaan peserta paling ramai.

Selain disertai 787 peserta, kejohanan Level III yang pertama kali dianjurkan di Malaysia itu juga berjaya menarik penyertaan peserta dari luar negara, antaranya Indonesia, Thailand, UAE, Hong Kong, Singapura dan Filipina.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast