Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Mesyuarat Kerajaan Perpaduaan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 07 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri merupakan perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Utama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang berlangsung malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ia banyak melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) tetapi, parti lain yang ada cawangan di Semenanjung turut diundang.

“Pimpinan parti lain yang tak bertanding akan terus bagi kerjasama dan sokongan untuk menunjukkan kesepaduan dalam kerajaan perpaduan.

“Rundingan diteruskan dan dalam masa terdekat mungkin wakil PH, BN akan memutuskan beberapa perkara pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut, sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tumpuan yang diberikan oleh Kerajaan Peraduan pada ketika ini adalah memanfaat semangat perpaduan untuk melaksanakan agenda rakyat.

Justeru, intipati lain dalam perbincangan adalah menilai keberkesanan semangat bagi semua kaum dan wilayah prinsip Pelembagaan dan meneruskan program madani dan ekonomi agar ia dapat berjalan dengan berkesan.

“Mesej ke seluruh negara, bahawa ini satu percubaan unik sejarah mungkin mengulangi sejarah awal kemerdekaan… percubaan Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) dan Tun Razak cuba mendapatkan kemuafakatan kaum dan wilayah.

“Percubaan kali ini kita harus pastikan ia berkesan berhasil dan akan menjamin, hubungan kelangsungan dan lebih penting agenda rakyat itu dapat dilaksana dengan cukup berkesan,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar tiba jam 8 malam di Menara Dato Onn bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Selain pemimpin dari PH, dan BN mesyuarat turut dihadiri pemimpin dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah dan parti lain serta wakil rakyat Bebas. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. aikk… Zahid Hamidi adalah kat situ…
    hadir nak tunjukkan BERGUNA atau sebab meeting tu kat Pejabat **NODAP?
    atau mengiringi atau NAK TAYANG MUKA?
    ok goodbye Zahid Hamidi….
    nampak 126 tu bersalam-salam kenapa ya?

Comments are closed.