PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan muzik popular dunia Coldplay Malaysia ke Malaysia pada November ini.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau mengucapkan selamat datang kelada kumpulan muzik yang bakal mengadakan konsert sulung di negara ini.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi Twitter.

Konsert Coldplay dijadualkan berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Konsert yang merupakan salah satu daripada siri jelajah Coldplay dianjurkan oleh PR Worldwide dengan kerjasama Live Nation.

Kumpulan Coldplay yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion terkenal dengan lagu-lagu malar segar mereka seperti Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.-MalaysiaGazette