Foto Facebook MSN.

KUALA LUMPUR – Dua penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim berjaya meraih kemenangan dua tempat teratas pada acara 3 meter (m) papan anjal Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik, Morodok Techo, Phnon Penh hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan kedua-dua penerjun kebangsaan mempertahankan pingat yang dimenangani pada acara sama edisi 2021 di Vietnam tahun lalu.

Syafiq mengumpul 377.85 keseluruhan dan Gabriel (365.25) manakala penerjun Singapura, Avvir Tham Pac Lun yang mengumpul 360.4 mata memenangi gangsa.

Sebelum itu, kem terjun negara melaungkan amaran awal dalam usaha membolot pingat pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini selepas Kimberly Bong Qian Ping mendominasi acara 3m papan anjal individu wanita.

Pada aksi di Pusat Akuatik, Morodok Techo itu, Kimberly meraih 276.3 mata keseluruhan sekali gus mengekalkan pingat emas yang dimenangi Ng Yan Yee untuk acara sama pada edisi 2021 di Vietnam.

Sementara itu, penerjun Indonesia, Gladies Lariesa menafikan hasrat Malaysia untuk merekodkan podium 1-2 selepas seorang lagi wakil negara, Ong Ker Ying terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast