Muhammad Izzul Irfan Marzuki. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Kem silat terus menambah koleksi emas negara kepada tiga apabila Muhammad Izzul Irfan Marzuki meraih pingat emas di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini selepas memenangi kelas putra bawah 65 kilogram (kg).

Izzul berjaya menumbang lawan dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Kemenangan itu cukup bermakna kerana ia melengkapkan misi balas dendam pesilat dari Terengganu itu selepas ditewaskan pesaing sama di Kejuaraan Pencak Silat di Kashmir, India, pada Oktober tahun lalu.

Setakat ini, kem silat sudah menuai empat emas di Kemboja dengan yang pertama menerusi gandingan kembar, Muhammmad Danial Azray Noorazizan dan Muhammmad Danial Azrol dalam kelas ganda putra pada Ahad lalu.

Pesilat wanita negara, Norsyakirah Muksin dan Nor Farah Mazlan kemudian meneruskan momentum berkenaan masing-masing menerusi kelas putri bawah 45kg dan bawah 50kg, hari ini.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kalau Tan Sri Zulkarnain Omar Din yang jadi Menteri Belia dan Sukan Insya Allah pencapaian sukan negara pasti akan lebih cemerlang sebab beliau sememangnya ahli sukan. Menterinya yang ini dan Timbalannya mungkin lebih sesuai untuk tari menari dan pentas bangsawan atau jadi Kementerian Fun Fair. Hanya satu pandangan peribsdu.

    sesuai jadimentrtu

Comments are closed.