Lee Yiat Qing.

KUALA LUMPUR – Skuad terjun negara terus menjadi ‘lubuk emas’ dengan emas ketiga buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 sekaligus menyumbang emas ke-19 buat negara hari ini.

Penerjun muda wanita negara, Lee Yiat Qing membuktikan usia 15 tahun tidak menghalang  merangkul emas dalam acara 10 meter platform selepas mengumpul 253.80 mata pada aksi di Pusat Akuatik Morodok Tech, Phnom Penh.

Malah lebih membanggakan, Sukan SEA ini merupakan penampilan buatnya.

Dia mengekalkan emas yang dimenangi Datuk Pandelela Rinong edisi lalu, malah mempertahankan pingat yang didominasi Malaysia dalam sembilan edisi temasya dwitahunan berkenaan.

Dalam pada itu, penerjun Vietnam, Bui Thi Hong Giang meraih perak dengan mengutip markha keseluruhan 242.20 mata dan Gladies Lariesa Garina Haga dari Indonesia melengkapkan kedudukan podium (228.00). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast