Erzawanie Kamaruzaman berpindah ke Pasir Puteh, Kelantan sejak sebulan lalu walaupun sudah menetap di Pasir Mas sejak 1991 gara-gara tak tahan dengan perangai jirannya.

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah terus buntu apabila masih diganggu oleh bekas jiran yang juga sepupunya walaupun telah memenangi saman fitnah sebanyak RM120,000 pada November 2021.

Erzawanie Kamaruzaman, 39, berkata, lebih membingungkan dia dan keluarga terus diganggu walaupun sanggup berpindah ke Pasir Puteh, Kelantan untuk mencari kehidupan baharu selepas berjiran dengan sepupu itu sejak 1991 di Pasir Mas.

Namun kata ibu kepada tiga anak itu, dia masih dilempar dengan pelbagai dakwaan berunsur fitnah di media sosial yang disebarkan kepada semua rakan-rakan yang mengenalinya tanpa mengetahu apa tujuan sebenar jiran itu.

Walaupun sudah membuat 10 laporan sebelum ini termasuk menang kes saman fitnah sebanyak RM120,000, dia berharap pihak berkuasa dapat mengambil tegas ke atas individu yang masih bujang dan berusia 43 tahun itu agar fitnah yang dibuat tidak terus berlarutan.

“Kejadian saya difitnah bermula pada tahun 2006 hingga 2019 apabila dia telah bergaduh dengan saudara jauh yang berjiran dengan kami sebelum ini dengan alasan saya tidak membelanya.

“Namun selepas saudara saya itu berpindah 2019, fitnah semakin berleluasa dibuat di media sosial ke atas saya seperti dituduh ketua penjenayah, ajaran sesat dan menyihir beliau.

“Malah rumah saya pernah dibaling batu di mana saya memiliki bukti menerusi sistem kamera litar tertutup yang dipasang atas nasihat polis ketika membuat laporan polis selain jiran itu turut mengganggu dengan memasang rakaman zikir dengan volum suara yang kuat,” katanya yang menghubungi MalaysiaGazette  hari ini.

Erzawanie Kamaruzaman dan memenangi kes saman fitnah sebanyak RM120,000 ke atas jirannya pada November 2021.

Erzawanie mendakwa, dia dan keluarga pernah berdepan insiden menakutkan apabila rumah lamanya pernah dikepung dan diserbu Unit Tindakan Khas bersenjata selepas jirannya itu membuat fitnah bahawa dia mengamal dan mengetuai ajaran sesat.

Tambahnya, akibat tidak tahan dengan sikap jirannya itu, dia mengambil keputusan membuat saman fitnah pada Februari 2020 dan memenangi kes itu sebanyak RM120,000 pada November 2021.

Namun kata beliau, apa yang mengecewakan jirannya itu tidak memberi kerjasama apabila enggan menerima dokumen daripada pihak peguamnya hingga tidak membayar saman itu sehingga hari ini.

Ujarnya, jiran tersebut seolah-olah ingin melambatkan proses mahkamah dan pihak peguamnya kini akan mengambil tindakan mencabar pengisytiharan muflis ke atas individu itu.

“Selepas menang kes saman RM120,000, dia langsung tidak membayar jumlah itu dan pihak peguam saya dalam proses untuk isytihar bankrap ke atasnya. Dia begitu licik kerana enggan menerima dokumen mahkamah apabila enggan keluar dari rumahnya untuk diserahkan.

“Apa yang pelik, setiap kali dia membuat laporan polis, saya sering memberi kerjasama apabila datang ke balai polis untuk memberi keterangan.

“Sebaliknya, semua laporan polis saya, dia enggan keluar dari rumah untuk hadir ke balai polis selain turut enggan berjumpa pihak peguam saya,” katanya.

Antara laporan polis yang dibuat Erzawanie selama ini.

Erzawanie berharap tindakannya meluahkan pengalaman yang dialami ini dapat membuka mata rakan-rakannya agar tidak mempercayai fitnah yang dilempar ke atasnya selama ini.

Pada masa sama, jelasnya, dia dan keluarga mahu menikmati kehidupan yang tenang hingga sanggup berpindah ke tempat lain.

“Saya buntu kerana walaupun saya sudah menang kes saman fitnah, dia masih membuat fitnah mengenai diri saya kepada rakan-rakan termasuk membuat laporan polis di luar Kelantan pula.

“Saya berharap berkuasa dapat mengambil tindakan tegas kerana saya telah membuat 10 laporan polis sehingga dan pada masa berharap, mereka yang mendengar fitnah tentang saya akan mengetahui kisah yang sebenarnya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Kenapa masih ada manusia yg IQ GORILA seperti itu..harap harap selepas kisah ini viral. pihak polis harus mengambil tindakan tegas keatas pemfitnah itu. Buktikan bahawa kedaulatan undang undang terlaksana..jgn kerana marhaen tidak dipedulikan.

  2. Tangkap dan penjarakan aje. Pakai akta yang sebar berita palsu kat media sosial tu.

Comments are closed.