KUALA LUMPUR – Seorang penganggur kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya direman polis selama empat hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.
Isteri penganggur tersebut turut ditahan kerana disyaki bersubahat dalam kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lakukan amang seksual terhadap anak tiri diberkas polis
“Siasatan polis juga mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu memiliki dua rekod lampau bersabit kes jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Shafa’aton, siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti pembabitan pasangan itu dalam kes terbabit.
Siasatan awal polis mendapati suspek melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang berusia 15 tahun pada Januari lalu di sebuah hotel di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette