Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap seorang wanita yang melakukan amang seksual ke atas anak kandungnya berusia 14 tahun di rumahnya di Puncak Alam, Kuala Selangor pada 2 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek telah ditahan reman selama lima hari sehingga 7 Mei lalu bagi membantu siasatan dan reman disambung sebelum sehingga 10 Mei lalu untuk melengkapkan siasatan.

“Suspek wanita berusia 33 tahun itu telah diserahkan kepada pasukan IPD Sungai Buloh untuk membantu siasatan (kes anak perempuan dijadikan amang seksual oleh bapa tiri).

“Selepas tamat proses reman dan siasatan di IPD Sungai Buloh kita akan ambil suspek wanita itu untuk pertuduhan dalam kes amang seksual pasukan kami (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Amang seksual: Ibu direman lima hari

Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun sambung tiga hari

Pada Selasa lalu Ramli mengesahkan tangkapan ke atas wanita itu selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung rakaman  klip video lucah hubungan seks membabitkan wanita itu dengan mangsa berusia 14 tahun itu.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dalam keluarganya dan insiden jijik amang seksual itu menimpa mangsa pada November tahun lalu.

“Suspek terdahulu telah membuat oral seks sebelum menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengannya di sebuah bilik tidur di rumah mereka,” ujarnya alam kenyataan media.

Tambah beliau, suspek juga telah merakam hubungan seksnya bersama anak lelaki itu dengan menggunakan telefon bimbit. – MalaysiaGazette