Norliza Pengerusi PTPTN
Mohamed Khaled Nordin menyerahkan surat pelantikan Pengerusi PTPTN kepada Norliza Abdul Rahim. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan pelantikan tersebut dalam hantaran Facebook, hari ini.

Menurut beliau, Norliza mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.

“Semoga dengan lantikan ini, beliau dapat menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik dan inovatif,” katanya.

Sebelum ini, Norliza pernag dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad pada November 2021 dan menjadi Ahli Dewan Negara mulai 2011 hingga 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast