KUALA LUMPUR – Gerakan Tanah Air (GTA) akan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai status beliau dalam gabungan itu.
Ketua Setiausahanya, Datuk Marzuki Yahya berkata, kenyataan akan dikeluarkan pada pertemuan selepas solat Jumaat.
“Ya (GTA keluarkan kenyataan) nanti selepas saya bertemu Tun selepas solat jumaat,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Marzuki menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Mahathir yang menyatakan beliau keluar daripada GTA dengan mendakwa gabungan itu tidak dapat berfungsi dengan baik.
Marzuki berkata tindakan Mahathir untuk meninggalkan GTA tidak pernah dibincangkan sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan tersebut gagal menarik sokongan pengundi terutama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu. – MalaysiaGazette
nak funvsi bagaimana dah tak betul .