Mukhriz Mahathir. Foto MALAYSIA GAZETTE, 21 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang disertai oleh UMNO pada pilihan raya negeri kan datang.

Menegaskan perkara itu, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti pimpinannya menolak kerjasama dengan UMNO kerana parti itu terpalit dengan amalan kleptokrasi, tidak selari dengan prinsip Pejuang.

“Kami (sebenarnya) masih terbuka untuk berbincang, tetapi sepertimana yang disarankan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad), kita (akan bersama dengan pihak yang) ikut jalur Melayu.

“Jadi dari situ kita boleh faham ada pihak yang kita tidak boleh ikut dan (pihak) satu lagi walaupun (bawa nama) Melayu tetapi terpalit dengan kleptokrasi, yang itu pun kami tidak boleh (kerjasama).

“(Seperti) saya katakan daripada dulu, kami berpegang teguh kepada prinsip “di mana ada UMNO, di situ kami tiada,” katanya seperti yang dilaporkan Awani.

Mukhriz berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di Jitra, Kedah malam tadi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hahaha … masih wujud ke? Malang pihak yg bekerjasama dgn parti yang telah ditolak pru15 dgn calon2 yg hilang deposit.

Comments are closed.