Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau telah mengadakan perbincangan ringkas dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung perkara itu.

Malah katanya beliau juga telah mempersembahkan ‘hasrat’ itu pada sesi menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Kelantan di Kubang Kerian, petang tadi.

“Kelantan ini hadapi masalah air agak serius, jadi saya nak cadangkan supaya kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahmad serta barisan menteri-menteri Kabinet.

Anwar berkata beliau berpandangan tidak wajar selepas merdeka lebih 60 tahun Kelantan terus menghadapi masalah berkaitan bekalan air kepada pengguna, dan menurutnya masalah politik yang tidak berkesudahan sememangnya membebankan rakyat.

“Oleh yang demikian saya menyeru (penyelesaian) dan ini pendirian Kerajaan Perpaduan kita akan cari dana, jalan penyelesaian tetapi mesti kaedah yang betul dan mendapat kerjasama penuh Kerajaan Negeri,” katanya.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bab makan-makan dan jalan-jalan ni dimana-mana ZAHID HAMIDI muncul terutama ada Ketua MADANON. nak follow tu sesekali ok. Jika CUAK pun hantarlah wakil mengintip. Kau buatlah sesuatu yang BERFAEDAH dimajlis lain.
    Indonesia lebih MAJU melaksanakan tugas. President melawat atau bertugas diluar, Timbalan dan Ketua Jabatan lain terus URUS bidang masing-masing.
    apa punya HURUNG…
    LALAT dan LANGAU pun TAHU memilih
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.