Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang terbabit dalam kes khianat dengan api sehingga mengakibatkan sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Seksyen 17 Damansara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran sebuah rumah pada jam 3.33 petang Khamis lalu.

Menurutnya, kebakaran itu disedari oleh seorang wanita tempatan yang menghubungi pihak berkuasa sebelum pasukan polis dan bomba ke lokasi kejadian.

“Pihak polis dan bomba yang tiba telah dihalang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan pisau untuk masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Pihak berkuasa kemudian berjaya masuk ke dalam rumah dan bomba berjaya memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, lelaki tempatan berusia 40-an yang menghalang itu berjaya ditahan oleh pihak polis dan semakan mendapati dia adalah penyewa sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah penganggur yang menyewa bilik dan bertindak membakar langsir bilik tidur hingga menyebabkan berlaku kebakaran.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod lampau jenayah atau dadah,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat dengan api.

“Suspek kini dibenarkan direman sehingga 15 Mei ini oleh Mahkamah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast