Reezal Merican (tengah) meraikan pimpinan PH yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Kepala Batas hari ini.

KEPALA BATAS – Pelbagai rundingan dan pandangan dipersembahkan dalam pertemuan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, semua rundingan itu diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman yang baik antara gabungan baharu tersebut sehingga asasi keputusan dimuktamadkan.

Reezal Merican.

“Tidak wajar untuk saya kongsikan hasil perbincangan kerana rundingan masih berjalan dan ia lebih elok tidak didedahkan kepada umum buat masa ini.

“Cuma apa yang boleh saya simpulkan rundingan antara pimpinan UMNO dengan PH membabitkan enam negeri berjalan dengan baik dan lancar.

“Malah setiap rundingan lebih berteraskan formula gagasan Kerajaan Perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di pekarangan Rumah Sejarah di sini hari ini.

Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri rumah terbuka tersebut yang mana rata-ratanya merupakan penduduk sekitar Kepala Batas.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman; Pengerusi DAP, Lim
Guan Eng; Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong; Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Media sebelum ini, PH dan UMNO Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat kedua minggu depan bagi meneruskan perbincangan pembahagian kerusi menjelang PRN.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula berharap mesyuarat kedua Alan membuahkan hasil dengan mendapat persetujuan kedua-duapihak berhubung hal-hal berkaitan PRN. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. apa? runding PH dengan UMNO…
    PH tu GABUNGAN beberapa party.
    UMNO ni seketol party kalau BN tu ok.
    UMNO… UMNO……. UMNO!!!!
    sanggup tinggalkan rakan-rakan dia untuk MEMINTA NYAWA….
    isss iss issss
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.