Ketua Wanita DAP, Chong Eng

KUALA LUMPUR – Konvensyen Wanita Perpaduan menyaksikan julung kalinya wanita DAP sepentas dengan wakil Pergerakan Wanita UMNO.

Ketuanya, Chong Eng berkata, walaupun berbeza parti namun wanita dari 17 parti gabungan Kerajaan Perpaduan harus fokus kepada isu persamaan dalam misi ke hadapan.

“Ini kali pertama saya masuk bangunan ini, dulu kita lawan sekarang kita kawan. Untuk Malaysia yang lebih baik, untuk semua, jadi saya ucapkan terima kasih kepada jawatankuasa organisasi yang kerja kuat untuk menjayakan konvensyen ini,” katanya.

Chong Eng antara 11 wakil wanita Kerajaan Perpaduan yang berucap dalam konvensyen Wanita Perpaduan hari ini.

Jelas Chong Eng, Wanita Perpaduan harus fokus kepada persamaan dengan menzahirkan konsep inklusif di negara ini.

“Kita harus saling hormat menghormati antara satu sama lain, ini akan menghasilkan platform yang untuk negara yang harmoni,” katanya lagi.

Konvensyen Wanita akan memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani.

Sidang Konvensyen Wanita ini akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kemuncaknya adalah Amanat Perdana pukul 5.30 petang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast