Noraini Ahmad.-Foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2023.

KUALA LUMPUR –  Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang berlangsung hari ini mempunyai aura  luar biasa hasil gabungan 19 parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata biar pun berpuluh tahun menjadi seteru politik namun ia tidak memungkinan wanita DAP, UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), dan PKR untuk duduk semeja menjayakan konvensyen hari ini.

“Siapa sangka saya boleh duduk bersama Wanita Amanah, Aiman Atirah Sabu, kerja dan bincang dengan Wanita DAP, Chong Eng. Ini satu perkara yang kita telah mulakan dan terukan sampai bila-bila.

“Dengan gabungan ini besar yang sarat dengan pengalaman potensi yang ada ini tidak boleh disia-siakan.

“Ini bukan masanya untuk kita mencari silap dan salah, ini bukan masa untuk kita ungkit kisah silam kita, perlu fokus jadikan konvensyen ini titik mula pada sebuah agenda yang lebih besar bersama,” kata dalam ucapan Konvesyen Wanita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Noraini, gabungan antara parti seturu sebelum ini bukan perkara baru.

Tambahnya, ia tidak kerana sejarah membuktikan banyak negara pernah memnbentuk kerajaan seumpana Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

“Penubuhan Kerajaan Perpaduan kita semua sambut dengan hati yang terbuka, asas cuma satu bentuk kerajaan yang stabil dan diyakini.

“Kestabilan politik yang mampu memberikan suntikan keyakinan pelabur luar dan dalam negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Noraini berkata, cabaran utama kerajaan perpaduan kini adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Tugas dan tanggungjawab menanti kita sangat besar, apapun keadaannya kerajaan perpaduan kini membawa harapan rakyat besar.

“Inilah masanya kita kembalikan keyakinan rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast