@malaysiagazette

Polis siasat kejadian lempar objek seperti b*m yang berlaku di sebuah premis di Kawasan Jalan Abdul Samad, Johor Bahru. Turut berlaku kerosakkan di premis berkenaan dan tiada kemalangan jiwa di laporkan. Video: Sosial Media #malaysiagazette #mgnews #PDRM #letupandijohor #letupanrestoran #polisjohor

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

JOHOR BAHRU – Polis memburu individu yang disyaki melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, dalam kejadian jam 4.15 pagi, seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Raub, walaupun tiada kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan pecah.

Tambah beliau, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 435 kanun keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh hubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900. – MalaysiaGazette