Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bersikap terbuka dan memberi lampu hijau kepada UMNO untuk mengkritik dan menyindir kepimpinannya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu dibayangkan oleh Anwar apabila beliau masih menyindir UMNO dengan pelbagai ungkapan ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, kelmarin.

Menurut beliau, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tetap melontarkan sindiran walaupun UMNO yang dahulunya lawan PH kini berubah menjadi kawan.

“Bahkan penyokong PH beberapa kali melaungkan ‘reformasi’ ketika Anwar sedang berucap.

“Mujur penyokong Barisan Nasional (BN) tidak membalas dengan ‘reforbasi’. Itu berlaku ketika debat antara Datuk Seri Najib Razak dan Anwar di MATIC Mei 2022,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad memberitahu, penyokong BN bersikap gentleman pada hari tersebut.

Beliau juga mengingatkan bahawa di bahu Anwar ada beban untuk melakukan pembaharuan institusi dan kuasa penuh di tangan beliau.

“Semoga penyambungan kontrak Tan Sri Azam Baki dan Tan Sri Idrus Harun tidak merencat pembaharuan institusi.

“Jika tidak, ‘reformasi’ hanya retorik dan memang reforbasi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. budak-budak UMNO dah kena CUCUK HIDUNG SENDIRI tu sebab President pun tersengih-sengih bila DIHINA sebegitu rupa. Pokcik Puad buat buat cam berani tapi takat pesbuk le…
    aq tau pun sebab malaysiagazett laporkan.
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.