KUALA LUMPUR – Skuad wanita negara memastikan kejuaraan berganda buat Malaysia dalam acara hoki padang apabila memenangi pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menewaskan Thailand 4-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Kompleks Sukan Morodok Techo.
Kemenangan itu menyaksikan skuad wanita negara mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas hoki padang tidak dipertandingkan pada 2019 di Filipina dan 2021 di Vietnam.
Terdahulu, skuad lelaki negara menepati ramalan apabila memenangi emas selepas mengatasi Singapura 3-0 pada aksi final pada sebelah pagi hari ini. – MalaysiaGazette