KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengenalpasti punca kejadian di Pencawang Masuk Utama (PMU) di pusat membeli belah Mid Valley, pagi tadi.

Menurut TNB, pihaknya telah mengambil langkah segera untuk memulihkan bekalah elektrik di kawasan berkenaan.

“Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB mengambil langkah segera untuk pemulihan bekalan dengan sebahagian pengguna terlibat telah mendapat bekalan seawal jam 10.55 pagi. TNB sedang berusaha memulihkan bekalan,” kata TNB dalam satu kenyataan, hari ini.

Pusat membeli-belah, Mid Valley City awal pagi tadi ditutup sementara waktu berikutan kebakaran yang berlaku di sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di bahagian luar pusat membeli-belah itu.

Pengurusan Mid Valley City yang mengesahkan kebakaran itu berkata, berikutan keutamaan keselamatan pelanggan, pusat membeli belah itu kini melaksanakan pemotongan bekalan elektrik sehingga pihak berkuasa menyambungnya kembali.

Bomba dan Penyelamat Malaysia turut mengesahkan tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan. – MalaysiaGazette

Sub stesen TNB terbakar, Mid Valley City ditutup sementara waktu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast