Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 23 kertas siasatan menerusi Pasukan Khas membabitkan isu bangsa, agama dan raja (3R) dalam laman media sosial.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada jumlah itu lima kes dapat diselesaikan.

“Manakala dalam lima kes lagi yang disiasat tiga kes berjaya dituduh di mahkamah manakala dua kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Baki kes masih dalam siasatan dan ada diantaranya sudah selesai siasatan dan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam majlis High Tea PDRM bersama Media sempena Aidilfitri di Mess Pegawai Bukit Aman, di sini, hari ini.

Seramai 80 pengamal media mewakili 30 agensi media hadir pada majlis yang dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – MalaysiaGazette