Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan hadir pada Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Marriot Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2023.

PUTRAJAYA -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 pada hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli hadir ke majlis tersebut bersama-sama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pada majlis tersebut, Permaisuri yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang

bertitah mengalu-alukan kedatangan seramai 454 ahli ACWW dari sembilan buah negara.

“Saya sebagai Pengerusi WI Pahang sangat mengalu-alukan kedatangan Presiden dunia ACWW dan semua ahli. Kami berharap anda semua gembira dapat menyertai persidangan ini  kerana memilih Malaysia,” titahnya.

Persidangan ACWW ke-30 yang bertemakan  “Kepelbagaian Kekuatan Kita” pada tahun ini bermula 17 hingga 25 Mei.

Sebagai rekod, ACWW satu pertubuhan antarabangsa ditubuhkan 1929 beribu pejabat di London, United Kingdom.-MalaysiaGazette