KUALA LUMPUR – Pelakon Eman Manan dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) hari ini, yang membawa gelaran Datuk bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abdidin.
Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.
Pengiktirafan itu turut meletakkan nama pelakon berkenaan sebaris dengan penerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang lain.
Eman Manan merupakan antara pelakon berpengalaman yang telah mewarnai industri seni tanah air menerusi pelbagai watak dalam drama, filem dan karya televisyen sepanjang kerjayanya.
Penganugerahan berkenaan menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang telah diceburinya selama bertahun-tahun. – MalaysiaGazette
















