Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap  pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini hari ini.

SERDANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan yang sedang dijalankan ke atas mana-mana pemimpin politik dan pegawai tertinggi agensi kerajaan ketika ini tidak didorong unsur dendam atau iri hati.

Perdana Menteri menegaskan, beliau langsung tidak terlibat dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terbabit sebelum keputusan pendakwaaan ditentukan Peguam Negara.

Menurut beliau, tugas yang menjadi keutamaannya adalah dengan memastikan kerajaan ditadbir berlandaskan peraturan bagi menghentikan penyelewangan gejala rasuah.

“Ada kata fasal dendam atau iri hati. Yang siasat bukan saya, yang siasat itu badan-badan penguatkuasa. Yang memutuskan untuk mendakwa Peguam Negara dan pasukan dia yang meneliti setiap kes.

“Yang menghukum itu hakim. Apa tugas saya adalah memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan rasuah dihentikan, ini bukan momokan politik biasa,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap  pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap  pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin politik dan tokoh berpengaruh telah didakwa di mahkamah selain terdapat siasatan yang sedang dilakukan ke atas beberapa yang lain melibatkan pelbagai kes daripada rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan dana.

Sementara itu, edisi ke-14 MAHA  yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos lalu akan melabuhkan tirainya pada hari ini.

MAHA merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here