Seorang penuntut Politeknik Pagoh maut selepas motosikal ditunggang kemalangan di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar malam tadi.

MUAR – Seorang penuntut Politeknik Pagoh maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan treler di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan tersebut melibatkan motosikal ditunggang mangsa yang berusia 18 tahun dengan treler dipandu lelaki berusia 51 tahun.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang berada di bahagian sisi kiri hadapan treler telah hilang kawalan sebelum berlaku pelanggaran dengan treler berkenaan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini manakala pemandu berkenaan pula yang merupakan lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ujian alkohol dan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu terbabit didapati negatif bahan terlarang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan saksi bebas serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Muar atau mana-mana balai polis berdekatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here