KUALA LUMPUR – Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diminta memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang meninggal dunia, semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan turut meminta kebajikan semua peserta yang terlibat dalam KKEC 2026 terus diberikan perhatian.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat-sahabat serta seluruh warga UiTM.

“Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya yang turut berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

Fadhlan Fakhry Solana, 21, dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, menghembuskan nafas terakhir selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program berkenaan.

Manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.59 petang semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here