Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri DAP berdisiplin, sibuk dan fokus kepada portfolio masing-masing.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan, menteri daripada parti itu tidak akan mencampuri urusan di luar bidang kuasa kementerian.

Beliau yang menjawab tuduhan Tan Sri Muhyidddin sebelum ini berkata, tidak ada seorang pun daripada enam menteri DAP meminta bekas Menteri Dalam Negeri itu menggugurkan kes Jill Ireland berkaitan penggunaan kaliman Allah.

“Muhyiddin setakat ini gagal menjawab cabaran saya untuk menamakan menteri DAP berkenaan dan memberikan bukti bahawa menteri DAP itu meminta kes itu diselesaikan di luar mahkamah, membuktikan dengan jelas bahawa Muhyiddin berbohong secara terbuka.

“Menteri-menteri DAP berdisiplin, sibuk dan fokus kepada portfolio menteri masing-masing, dan tidak akan mencampuri urusan di luar bidang kuasa mereka,” kata Guan Eng dalam kenyataan.

Menurut beliau, keputusan dan kuasa untuk meneruskan atau menggugurkan kes terletak pada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Guan Eng turut menegaskan, Tommy merupakan seorang Peguan Negara yang bertindak mengikut amanah yang diberikan.

“Lebih penting lagi, keputusan dan kuasa untuk meneruskan atau tidak kes Jill Ireland terletak pada Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas.

“Tommy sentiasa mengekalkan kewajipan berkanunnya untuk bertindak secara bebas dan lebih berkemampuan untuk memutuskan kes sedemikian sendiri tanpa arahan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa, Muhyiddin membuat dakwaan tersebut bagi memenangi undi umat Islam dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Guan Eng mendakwa, Muhyiddin mencipta naratif palsu bahawa Islam dan Melayu diancam oleh DAP dan mengambil kesempatan daripada ucapan kebencian, pembohongan dan ketakutan sebagai jalan pintas untuk mengembalikan Perikatan Nasional berkuasa.

“Rakyat Malaysia tidak begitu naif untuk terus mempercayai dakwaan tidak berasas Muhyiddin yang dibuat terhadap DAP tanpa secebis bukti.

“Rakyat Malaysia boleh menganggap diri mereka bertuah kerana mempunyai kerajaan perpaduan, berdasarkan fakta dan angka di bawah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukannya Muhyiddin,” kata Guan Eng.

Muhiddin yang juga Pengerusi PN sebelum ini mendakwa ada menteri daripada DAP pernah meminta supaya kes kalimah Allah membabitkan Jill Ireland diselesaikan di luar mahkamah.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku sewaktu memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lim Guan Eng ni paling beruntung..
    sebab itulah
    kerana itulah
    KUASA TOMMY THOMAS
    terlepas Lim Guan Eng KES RASUAH sedang berjalan dimahkamah.
    orang UMNO PASTI bersyukur kan kan kan
    goodbye Zahid Hamidi
    Sayonara

Comments are closed.