Saifuddin Abdullah

KUANTAN – ”Orang yang benar-benar terlibat dalam sukan tahu bahawa perkembangan sukan tiada kaitan dengan politik.”

Jsuteru Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menasihati Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya merujuk ’orang lama’ sebelum memberi kenyaataan tentang Sukan Asia Tenggara (SEA).

Ini berikutan kenyaatan Hannah yang mendakwa ketidakstabilan politik negara menjadi faktor utama kepada prestasi Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) terjejas adalah sangat tersasar.

”Kenyataan itu sangat bersasar. Tanyalah orang lama yang sudah ada pengalaman dalam sukan, jangan tiba-tiba buat kenyataan yang tiada kaitan dengan masalah sebenar.

”Ada banyak masalah lain mengapa prestasi kita turun naik dalam sukan, sukan SEA  dan sukan atarabangsa yang lain. Dan janganlah membuat kenyataan yang dia (Hannah) tidak memahami sukan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang berkata demikian selepas majlis sambutan Aidilfitri PN di Indera Mahkota semalam.

Menurut Saifuddin, kenyataan yang dilontarkan Hannah sekali gus menunjukkan beliau tidak mengetahui perkembangan sukan dalam negara.

”Saya orang sukan, sudah lama berkecimpung sukan. Saya Pengasas Liga Bola Keranjang Wanita Malaysia. Saya tidak nafikan memang ada isu politik dalam sesetengah sukan tetapi untuk menyalahkan kestabilan politik maka saya fikir itu bukan masalah utama,” katanya.

Saifudiin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu juga mengatakan sebaliknya isu sebenar dalam sukan merupakan isu pembangunan sukan.

”Misalannya kami dalam basketball, tak pernah cerita pasal politik pun. Malah saya boleh beritahu kenapa prestasi sukan bola keranjang Malaysia itu tidak baik di Sukan SEA baru-baru ini, langsung tidak kena mengena dengan politik.

“Sebelum ini pasukan wanita Malaysia menang 11 pingat emas sebab center (pemain tengah)  kita boleh lawan semua center dari ASEAN. Tapi bila negara lain bawa pemain dari Amerika Syarikat, pengsanlah kita” jelasnya.

Terdahulu Sukan SEA ke-32 lalu berlangsung di Kemboja bermula 5 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023 dengan membabitkan 584 acara dalam 36 jenis sukan yang dipertandingkan.

Pada temasya Sukan SEA 2023, Malaysia meraih  34 Pingat Emas (Gold Medal) diikuti 45 pingat Perak (Silver Medal) dan 96 pingat Gangsa (Bronze Medal). – MalaysiaGazette