FLORIDA – Martin Amis, salah seorang novelis British yang paling terkenal dalam generasinya meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Dia meninggal dunia akibat kanser esofagus di kediamannya di sini di Florida, kata New York Times yang memetik kenyataan isterinya, Isabel Fonseca yang juga seorang penulis.
Amis terkenal dengan novelnya Money 1984 dan karya London Fields pada 1989.
Dia mengarang berpuluh-puluh novel dan buku bukan fiksyen.
Mendiang merupakan seorang penulis paling berpengaruh pada zamannya.
Dilahirkan pada tahun 1949 di Oxford, anak kepada novelis dan penyair, Kingsley Amis.
Novel pertamanya, Rachel Papers, diterbitkan pada tahun 1973 semasa dia bekerja di Times Literary Supplement, ia mengikuti eksploitasi seorang remaja lelaki di London sebelum memasuki universiti dan memenangi anugerah Somerset Maugham. – Agensi