Razman Zakaria

KUALA LUMPUR – Pas Perak siap sedia terajui Perak Sejahtera, kata Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria.

Kenyataan itu dikongsi dalam hantaran di Facebook, dipercayai ada kaitan dengan dakwaannya bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan datang berjumpa dengannya.

Dakwaan itu ada kaitan dengan spekulasi gerakan menumbangkan kerajaan negeri Perak.

Dalam komennya pada hantaran itu, Razman berkongsi tentang tema Konvensyen Pas Perak – iaitu Pas Menerajui Perak Sejahtera.

Tema itu merupakan kesinambungan daripada tema Konvensyen ke-21 yang diadakan pada tahun 2019 iaitu Islam Memimpin Perak Sejahtera.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan Razman berkata, beberapa ADUN kerajaan datang sendiri berjumpa dengannya namun beliau enggan mendedahkan jumlah serta nama ADUN kerajaan yang didakwa berjumpa dengannya itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. memang gampang mamat seekor ni kucing kurap, biarlah depa berkuasa yang hang sibuk2 nak rampas kuasa kenapa? sorry Razman ruu sudah diluluskan

  2. MB Perak harap bersiapsiaga hapuskan segala data. bertabahlah dengan segala kebenaran kelak.
    ketahuilah oleh kamu bahawa KUASA itu adalah sementara yang dipinjamkan Allah maka hendaklah engkau tanpa rasa gentar melangkah meninggalkan kenikmatan itu. Jangan ada menyimpan SERAKAH dan NAFSU mengatasi QODA dan QADA.. ucapkan semuga segalanya dipermudahkan kepada orang baru…
    goodbye Zahid Hamidi sayonara

Comments are closed.