Paludan negara gagal Kedah padi ringgit Malaysia
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa negerinya mencatatkan kadar kemiskinan kedua tertinggi di negara ini disebabkan arahan kerajaan Persekutuan untuk menanam padi.

Menurut beliau, bekas Perddana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Perdana Menteri selama kira-kira 24 tahun boleh menjawab dakwaan tersebut.

Kit Siang menambah, empat lagi bekas Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga boleh mengulas tentang perkara itu.

“Adakah Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan kepada kerajaan negeri Kedah untuk meneruskan penanaman padi dan menjadi negara kedua termiskin di Malaysia,” soalnya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam temu bual bersama The Star baru-baru ini, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Kedah ‘diarahkan’ menjadi miskin kerana penggunaan tanah di negeri itu tertakluk kepada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan.

Kit Siang turut mengingatkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini sangat rapat dengan Dr Mahathir setelah beliau menandatangani Proklamasi Melayu.

“Adakah Abdul Hadi setuju bahawa Muhammad Sanusi adalah betul apabila mendakwa kerajaan Persekutuan mengarahkan Kedah menanam padi dan ini merupakan salah satu punca utama kemiskinan orang Melayu di mana Dr Mahathir mesti memikul tanggungjawab?” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apek Kit Siang ni bebal atau nyanyuk? bebetul BODOH kering PIANG. Apek tak tau sejarah SELANGOR ke?
    MB KEDAH tu betul untuk majukan NEGERI dan Rakyat dia. beliau nyatakan senario sejarah KEDAH sebelum ini.
    DAP cuma berasa bangga dan betul bila orang ditawan dipaksa mengikut mazhabnya seperti Mat Sabu dan pembangangnya.. mana ada dipersoalkan walau pernah berperang tentang keturunan komunis.. betul tak?
    ZAHID HAMIDI pun tak terkutik… bila DAP mengesahkan ZAHID seketurunan adalah Penyamun dan Penyagak harta rakyat dan Negara…. itulah rakyat mengucapkan sayonara..
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.