iklim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya akan berkuatkuasa kepada kumpulan berpendapatan T20.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik bagi kumpulan sasaran iaitu kumpulan B40.

“Kita (kerajaan) tidak naikkan kadar tarif elektrik melainkan untuk T20.

“Saya nak jelaskan di sini, untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberikan subsidi elektrik dan pengkalan data utama (Padu) akan dapat menyeleraskan angka-angka yang disebut,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang ingin mengtahui dasar-dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko pengucupan ekonomi dunia.

Pada minggu lalu, Anwar berkata, hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Ujar beliau, kerajaan juga menolak untuk menaikkan tarif elektrik seperti mana yang ingin dilakukan kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, pelaksanaan itu akan dilaksanakan sama seperti yang dikenakan terhadap jemaah haji.

“Ini sama sahaja dengan bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah (beri subsidi) tapi bagi T20 tidak akan ada lagi subsidi daripada kerajaan, mereka kena tanggung sepenuhnya kos kerana mereka di kalangan yang mampu.

Untuk rekod, T20 merujuk golo­ngan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah melebihi RM10,971 sebulan manakala golongan M40 pula dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM4,851 hingga RM10,970 sebulan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Data Rumah BESAR? apa keluasannya?
    ANWAR ni tidak FAHAM formula diamalkan Rafizi ni… tu main sembang je.
    Pembaca meter tu guna mesin apa? Tunggu sebulan Dua lagi untuk rakyat viral tunjukkan bill yang “YANG MENURUT PERINTAH” atau MEMENDEKKAN TEMPOH PEMERINTAH.
    PRN 6Negeri rakyat harus BERHATI-HATI.
    goodbye Zahid Hamidi

  2. OII NUAR KALI BELIT, LIDAH BERCABANG JANGAN LA NAK MENGELIRUKAN RAKYAT DENGAN KENYATAAN BINGAI KAU NI. KAKI PUTAR ALAM LAH KAU NI

Comments are closed.