Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tangki air di Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka, tengah hari tadi selepas mendakwa terdengar bisikan halus.

MELAKA – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tangki air di Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Khairudin Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan terdapat cubaan bunuh diri di rumah kebajikan itu pada pukul 1.13 petang sebelum sepasukan 13 anggota dikejarkan ke lokasi.

Setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah enam minit kemudian didapati seorang remaja perempuan memanjat tangki air yang berketinggian enam meter.

“Selepas lima minit memujuk, remaja itu berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 2.02 petang.

“Berdasarkan maklumat awal daripada ustaz di situ, gadis terbabit dikatakan bertindak demikian selepas terdengar bisikan halus memintanya memanjat tangki air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, remaja terbabit yang merupakan pelajar baru di sekolah berkenaan juga didakwa sedang mengalami kemurungan melampau namun perkara itu masih dalam semakan pihak berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast