Filem Ponniyin Selvan 2 terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi India, LYCA Productions dan MSK Cinemas Sdn Bhd diberikan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk filem Tamil, Ponniyin Selvan 2 (PS2) atas pencapaian Filem India Pertama Diedarkan Dalam Format Sinematik 4DX.

Pengarah MSK Cinemas, Saradha Sivalingam berkata, pengiktirafan ini amat bermakna kepada beliau dan peminat filem Tamil di negara ini.

“Pengiktirafan MBOR adalah untuk filem pertama dari India yang ditayangkan dalam format 4DX, belum ada lagi dalam format ini sebelum ini. Sebenarnya PS2 merupakan filem India pertama di seluruh dunia yang ditayangkan dalam format 4DX.

“Pengalaman menonton dalam 4DX suatu yang menarik dan mengujakan kerana ia umpama menaiki roller coster sambil menikmati bunyi audio sekeliling, kerusi bergerak, ada efek seperti air dan asap,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah MSK Cinemas, Saradha Sivalingam,

Saradha berkata, tayangan filem PS2 telah berjaya mengutip RM9 juta di Malaysia.

Katanya, MSK akan membawa lebih banyak filem dalam format 4DX selepas ini. – MalaysiaGazette