Buat julung kalinya Coldplay mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November 2023

KUALA LUMPUR – Penganjur Live Nation Malaysia tidak menolak kemungkinan konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 22 November nanti akan ditambah sehari ekoran permintaan masih tinggi.

Pengarah urusannya, Para Rajagopal bagaimanapun berkata, terlalu banyak aspek perlu diambil kira bagi menunaikan impian ramai itu.

“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya memetik Harian Metro Online di sini.

Ia susulan terdapat petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.

Para juga menyarankan peminat sentiasa melihat pengumuman terbaru di saluran-saluran penganjur.

Menurutnya, lebih 700,000 berusaha membeli tiket pada 17 Mei lalu yang kemudiannya terjual habis dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.

“Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast